Jumat, H / 29 Maret 2024

Dendam Disebalik Topeng

Kamis 10 Oct 2019 17:13 WIB

Author :Azeem Razali

ilustrasi

Foto: IG/azeem.razali

ESQNews.id - Disebalik Topeng
...
Jangan kau terlalu bangga dengan maksiat yang kau buat. Bila ditegur beribu alasan merapu diberi. Ada saja sebab nak menangkan diri.

Bila seluruh dunia membenci. Bila semua yang kau ingin kan tidak jadi kenyataan. Itu tidak menjadi alasan untuk kau balas dendam melepas segala amarah.

Sedarlah, bahawa kita dengan maksiat itu ada satu benteng. Yang mana kalau kita hancurkan benteng itu, maka kita akan rasa maksiat itu perkara biasa.
<more>
Jangan kau berani cuba buat satu kejahatan walau sekali. Kerana maksiat ini ketagih. Sekali kau berjaya buat, kau akan buat lagi. Dan seronoknya seketika, sengsara selamanya.

Malulah kau. Rasalah malu dengan maksiat. Rasalah malu dengan dosa. Kerana rasa malu itu adalah benteng dan bukti yang kita masih lagi beriman.


Seorang pekerja dakwah,

Alumni ESQ asal Malaysia
@azeem.razali


Dapatkan Update Berita

BERITA LAINNYA